Thursday, August 6, 2009

Bila diperlihat dengan hakikat


Bila diri ini terasa sebuah hakikat..
Jalan yang penuh duri-duri yang tersirat..
Tidak hanya dengan mata kasar yang melihat..
Tapi dengan jiwa yang kering dengan iman yang selalu menasihat..

Bila diri ini terasa sebuah hakikat..
Rasa takut selalu menghambat..
Bukan kerana takut kerana dugaan dan penat..
Tapi hanya merasai betapa sukarnya mendapat anugerah Tsabat..

Bila diri ini terasa sebuah hakikat..
Pemilihan diri tidak pernah dirasakan hebat..
Sejarah menuntut untuk selalu beringat..
Jangan sekali-kali rasa diri itu hebat..

Bila diri ini terasa sebuah hakikat..
Jiwa resah selalu memikirkan perihal umat..
Lebih resah memikirkan kesanggupan keringat..
Adakah jiwa ini sentiasa mampu untuk kuat ?

Akhirnya,

Fikrah menemui noktah..
Hati sukar mencari faktor basah..
Jiwa mula mencari titik pisah..
Mulut bosan menyebut perihal dakwah..
Diri sudah mula 'lari' dari tarbiyah..
Sosial sudah mula jauh daripada ikhwah..
Telinga jadi lali dengan tazkirah..

Penghujungnya,

Hakikat perjuangan telah lama terbukti,
Tidak ramai yang mampu untuk terus berdiri,
Hanya satu sahaja sebenarnya penyelamat daie,
Yang selamat hanyalah sejenis diri,
Yang melazimi,
Yang memahami,
Yang mendalami,
Yang menjiwai,
Hubungan dengan Pencipta dakwah itu sendiri.

Tanta.
6 Ogos 2009

ألسنا في حاجة شديدة إلى رب الدعوة لأن الدعوة أبدا لن تحتاج إلينا ؟
"Tidakkah kita sangat-sangat berhajat kepada Pencipta dakwah kerana dakwah selamanya tidak akan memerlukan kita?"

Wallahua'lam.

5 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

tsabat dan istiqamah

dulu pernah bertanya. saya nak tsabat! saya nak istiqamah! tp camna?

dijawab; bezakan dulu tsabat dan istiqamah

ini menurut si dia.

tsabat = kita ttp terus yakin dan terang hati dalam jalan yng dipilih

istiqamah = kita penuh terus konsisten dalam amalan.

~~kemudian saya mula faham.. saya tahu saya tetap di kaki...tetapi saya seorang yang kaku.

fahamlah~

anwar azhari said...

Tapi dengan jiwa yang kering dengan iman yang selalu menasihat..




jiwa itu kering namun mempunyai iman yg teguh dan sering mengingati.



apa falsafah di sebalik istilah 'kering' itu???


walhal pada pemikiran ratusan gelintir bahasa menyebut jiwa menjadi basah dengan adanya iman menyirami.

Syamil Esa said...

salam.
jiwa yg kering dengan iman//
iman itu pula selalu menasihat.

mungkin lebih sesuai letak koma kot. jiwa yang kering dengan iman, yang selalu menasihat.
satu sudut.

sudut yg lain (yg lebih saya maksudkan),

kadang-kadang bila iman selalu menasihat dan menegur, jiwa jadi sudah lali dan harga nasihat tersebut tidak terasa mahal pada jiwa.

akhirnya menjadikan jiwa ini mula rasa kering kerana sudah terlalu lama basah dengan iman. sdg imannya berinteraksi selalu, cumanya jiwa terkadang mencari pengganti. bila iman sudah dirasakan sampai ke tahap optimum.

wallahua'lam.

ini juga satu masalah para daie (pdgn saya) bila terlalu basah kadang-kadang mula mahu berjinak-jinak dengan padang pasir. sampai padang pasir pula akhirnya terkapai2 mahu cari air.

inilah yg dikatakan oleh syikh Ahmad Rasyid dalam Awaiq nya, apabila seseorang itu terasa keberadaan fitrah (iman yang mekar)pada diri, ia harus memandunya dengan panduan Al-Quran, agar ia tidak melilau dan terpesong syok sendiri dengan iman dan zuq yg akhirnya akan turun pada satu turning point, dan kemgknn akan jatuh menjunam kerana tiada panduan.

dan irsyad (panduan) al-Quran itu tidak lain adalah Taharruk (bergerak dan beramal islami hraki) agar keseimbangan manusia dicapai dengan agenda harakah dan dakwah.

kerana Al-Quran tidak lain hanyalah peringatan kepada seluruh Alam.

wallahua'lam.

Hazim Azhar said...

huh~ best2..

.:: Dr. Nur ::. said...

salam perjuangan